BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 13, 2012

Bagai jatuh ditimpa tangga ! T__T

Hari - hari saya dipenuhi dengan semua aktiviti fakulti
Busy ngan classes, rehearsal PeTA 2012 dan banyak lagi 
Tapi, di dalam kesibukan saya mengharungi semua benda ni, duka tetap terasa di dalam hati saya 
Otak pun kadang - kadang akan terfikir akan benda - benda itu ..
Tapi, apa kan daya, hanya mampu meneruskan sahaja hidup ini .. 

Kesibukan saya semakin bertambah
Tension semakin meningkat
Masalah sentiasa difikirkan
Sampai kadang - kadang fokus hilang entah ke mana ..

Even saya sendiri pun tidak tahu ingin bagaimana lagi dengan keadaan saya sekarang
Saya hanya meneruskan semua rutin harian saya 
dengan segala senyum dan gelak tawa semampu yang saya boleh
Dengan itu, saya berharap bahawa tiada siapa yang bisa mengetahui apa yang saya alami ..

Sudah seminggu berlalu dengan keadaan yang amat sibuk ini,
dengan tidak semena - mena nya, saya telah mendapat satu berita melalui Facebook saudara saya sendiri 
Di mana dia mengatakan bahawa nenek saya telah HILANG sejak semalam lagi
Tidak dapat ditemui sehingga sekarang, saat ini dan detik ini ! 
Sedih dan takut pun ada juga rasa di dalam hati ini ..

Terfikir kemana hilangnya dia 
Sehingga tidak dapat ditemui sehingga sekarang ..
Sekali lagi TUHAN memberi saya ujian untuk saya hadapi ..
Tapi, aku pinta pada Mu supaya jangalah Kau beri saya dugaan yang melebihi batas kekuatan ku ini ..
Saya juga mohon supaya Kau lindungi lah nenek saya daripada segala benda - benda yang jahat ..
Berkatilah dia saat ini dan Kau tolong lah dia di saat die perlukan Mu ..
Saya mohon ini dengan Mu, Tuhan ! 
T__T

0 comments: