Membawa hati yang luka bersama di setiap hari,
di mana sahaja kaki aku menapak,
di setiap detik yang aku lalui,
di setiap nafas yang terhembus ..
Aku lalui hari - hari ku ini dengan semangat yang masih lagi tertanam dalam hati,
berpura - pura tersenyum dan gembira bila berhadapan dengan orang yang berada di sekeliling,
itu telah membuatkan aku menjadi seorang yang hipokrit,
mayb orang akan mencemuh aku kerana aku bersikap hiprokit dengan perasaan aku sendiri,
tapi, memang itu yang ingin aku lakukan,
menyembunyikan kekecewaan yang tersimpan di dalam hati,
supaya tiada siapa pun yang akan merasa simpati ataupun mengata pasal diri aku ..
Selama ini, aku berfikir bahawa dia akan bersama aku,
walau apa pun rintangan, halangan dan masalah yang aku hadapi,
tapi, sayangnya itu semua hanya tinggal mimpi dan andaian aku semata - mata ..
Mungkin semua ini tidak akan terjadi ..
aku hanya dapat berdoa supaya keadaan dapat pulih kembali seperti sedia kala ..
keadaan sekarang begitu menyakitkan hati aku ..
hati yang ku berikan padanya telah hampir berkecai ..
Aku tidak pasti bila hati aku ini akan tercantum kembali
dan bagaimana ingin memulikan kesakitan dalam hati
bagaimana mengubati luka yang terdapat di dalam hati ku ini ?
Betulkah semua ini akan berakhir di sini ?
ataupun akan kembali seperti sedia kala ?
0 comments:
Post a Comment